Ketirisan Gambar Peranti Misteri Dengan Kamera Di Dalam Skrin, Dipercayai Model Huawei Nova 4?! Comments Off on Ketirisan Gambar Peranti Misteri Dengan Kamera Di Dalam Skrin, Dipercayai Model Huawei Nova 4?!

Baru semalam kami mendedahkan berita mengenai kemunculan peranti misteri dengan rekaan kamera hadapan di dalam skrin milik Huawei yang akan dilancarkan pada Disember nanti. Jika sebelum ini ada pihak yang berpendapat ia mungkin model Huawei Nova 3s, tetapi kini telah tertiris pula peranti misteri dengan rekaan sama yang didakwa merupakan model Huawei Nova 4.

Gambar yang diambil di dalam pengangkutan awam itu jelas memperlihatkan rekaan kamera hadapan di dalam skrin yang ditempatkan pada bahagian atas kiri skrin. Melalui ketirisan gambar itu juga, peranti misteri yang dipercayai Huawei Nova 4 ini turut menyokong bicu audio 3.5mm yang terdapat pada bahagian atas kerangkanya.

Buat masa ini tidak dapat disahkan apakah model yang dilihat pada gambar tersebut, tambahan pula ia telah disembunyikan di sebalik sarung pelindung penuh yang kebiasaannya digunakan pada unit prototaip. Jadi bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada Disember nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend