Kesemua Model Realme Boleh Dibeli Di 500 Kedai Fizikal Di Seluruh Malaysia Bermula 24 November 2018 Comments Off on Kesemua Model Realme Boleh Dibeli Di 500 Kedai Fizikal Di Seluruh Malaysia Bermula 24 November 2018

Walaupun jenama Realme boleh dianggap sangat baru dalam pasaran tempatan, sambutan terhadap model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1 telah mendapat permintaan yang positif.

Jika sebelum ini ketiga-tiga model ini hanya boleh dimiliki secara atas talian, hari ini Realme telah mengumumkan bahawa pengguna kini sudah boleh membelinya melalui 500 kedai fizikal di seluruh Malaysia bermula esok (24 November 2018). Penawaran jenama Realme di kedai fizikal dibuat selepas kejayaan jualannya dalam talian sebelum ini.

Bagi yang berminat untuk memiliki telefon pintar jenama Realme di 500 kedai fizikal yang sah di seluruh Malaysia, berikut adalah varian dan juga harga jualannya:

Realme 2 Pro:

  • 4GB + 64GB – RM849

  • 6GB + 64GB – RM949

  • 8GB + 128GB – RM1,099

Realme 2:

  • 3GB + 32GB – RM599

  • 4GB + 64GB – RM699

Realme C1:

  • 2GB + 16GB – RM 449

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar jenama Realme, sila layari https://www.realme.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend