Kes Pertama Samsung Galaxy Note 9 Meletup Dan Terbakar Telah Dilaporkan Di Malaysia?! Comments Off on Kes Pertama Samsung Galaxy Note 9 Meletup Dan Terbakar Telah Dilaporkan Di Malaysia?!

Samsung Galaxy Note 9 boleh dianggap antara peranti mercu Android terbaik boleh anda miliki di pasaran sekarang, ini kerana ia memiliki keunikan yang mungkin tidak ditemui pada pesaingnya yang lain. Sebagai contoh, ia memiliki dwi kamera dengan sokongan ‘Dual Aperture’, tersedia dengan slot microSD sehingga 512GB, dan juga dilengkapi dengan S Pen.

Namun begitu, semalam terdapat satu status yang telah dimuat naik di laman Facebook yang mendedahkan sebuah Samsung Galaxy Note 9 telah dikatakan meletup dan terbakar secara tiba-tiba. Melalui perkongsian itu, rakan kepada pemilik status itu dikatakan sedang mendengar lagu menggunakan fon telinga yang diletakkan di dalam poket ketika sedang menunggang motor.

Secara tiba-tiba Galaxy Note 9 itu telah dilaporkan terasa panas dan pemilik peranti berkenaan sempat mengeluarkannya dari dalam poket. Sebaik sahaja peranti itu diletakkan di tepi, secara tiba-tiba ia telah mengeluarkan asap dan terbakar.

Perkongsian status Facebook berhubung insiden itu juga telah menjadi tular selepas ia telah dikongsikan oleh pengguna Facebook lain, dan buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Samsung Malaysia tentang perkara itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend