Kereta Swapandu Acer Diperkenalkan Di Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018 Comments Off on Kereta Swapandu Acer Diperkenalkan Di Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018

Acer telah memperkenalkan kereta konsep swapandu pertama mereka di acara Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018 baru-baru ini. Kereta konsep ini dibina melalui kerjasama dengan salah sebuah syarikat pengeluar kenderaan terkenal di Taiwan, Yulon Group – bersama dua lagi syarikat di bawahnya, Haitec dan Luxgen.

Kereta konsep ini dibina berdasarkan kereta Luxgen S3 dan daripadanya dua syarikat Haitec dan Luxgen telah meletakkan sejumlah teknologi swapandu termasuklah sistem level 4 yang menggunakan teknologi AI, sensor ultrasonik, sensor data kedudukan sebenar kinematik (RTK), kamera Lidar, radar MMW, unit pengukuran inersia (IMU), serta sistem kawalan dan keputusan kendiri Acer untuk memastikan kenderaan dipandu secara dinamik.

Kereta swapandu Acer turut mempunyai sistem pengurusan awan untuk perkhidmatan perkongsian kereta. Oleh itu, ia memudahkan pusat kawalan menghantar kereta kepada pengguna apabila pesanan dibuat melalui peranti pintar. Selain daripada itu, sistem pengurusan awan ini juga boleh mengurus penjadualan, pemantauan, pemberitahuan dan laporan, serta aspek keselamatan.

Melalui pengenalan ini, kita boleh menjangka akan berlaku perubahan besar dalam sistem automotif dunia. Buat masa ini, ia masih dalam projek konsep dan tidak diketahui lagi bilakah Acer akan memasarkannya secara komersial.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend