Kereta Kancil Penuntut IPTA Terbakar Gara-gara Power Bank Comments Off on Kereta Kancil Penuntut IPTA Terbakar Gara-gara Power Bank

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) rugi ribuan ringgit apabila Perodua Kancil miliknya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat power bank yang ditinggalkan di dalam kereta di Taman Bersatu, Arau, Perlis hari ini.

Saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.40 tengah hari apabila kereta terbabit diletakkan di luar rumah sewa pelajar itu.

“Pelajar itu melihat asap keluar dari dalam kereta terbabit, dan mendapati power bank yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.

Perodua Kancil yang terbakar di hadapan rumah sewa penuntut.

“Dia cuba memadamkan api, namun gagal sehinggalah rakannya menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosnani Abu Seman bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini punca kejadian sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

~ Harian Metro @ Ahad 5 Jan 2019

Baca juga:

[Ulasan] Powerbank 10000mAh Tronsmart Trim USB-C 18W, Istimewa Untuk Pengguna iPhone

  • Beli Tronsmart Trim USB-C 10000mAh 18W di:
    • Lazada – (Powerbank + Cable Bundle)
    • Shopee – (Powerbank sahaja)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend