Kerajaan UK Turut Beri Kebenaran Kepada Huawei Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Di Negara Itu Comments Off on Kerajaan UK Turut Beri Kebenaran Kepada Huawei Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Di Negara Itu

Sebelum ini pihak AS telah bertegas supaya negara sekutunya yang dikenali sebagai ‘Five Eyes’ iaitu UK, Kanada, Australia dan juga New Zealand untuk mengelakkan daripada menggunakan infrastruktur 5G yang dibangunkan oleh Huawei berikutan isu keselamatan.

Nampaknya hasrat kerajaan AS untuk menyekat rangkaian 5G yang dibangunkan oleh Huawei tidak begitu berkesan kerana baru-baru ini Perdana Menteri UK iaitu Theresa May, telah memberi kebenaran untuk menggunakan peralatan 5G yang dibangunkan oleh Huawei di negara itu.

Namun menurut Daily Telegraph, pihak UK walau bagaimanapun hanya membenarkan Huawei untuk membina komponen ‘bukan teras’ seperti antena. Ini bermakna tugasan berhubung pemeriksaan ID peranti dan juga tugasan kritikal yang melibatkan data sensitif akan diuruskan oleh pihak lain.

Apa yang pasti, Huawei sebelum ini telah menafikan bahawa peralatan 5G yang dibangunkannya terdedah dengan risiko ancaman keselamatan ataupun sabotaj sebagaimana yang dicanangkan oleh kerajaan AS. Malah susulan daripada tuduhan itu, Huawei sebelum ini telahpun mengenakan tindakan mahkamah terhadap pihak AS.

  • Dapatkan Huawei WiFi Q2 berharga RM999 untuk mendapatkan rangkaian WiFi 5GHz yang lebih luas, stabil dan laju di https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

Jerman Beri Kebenaran Untuk Huawei Membangunkan Infrastruktur 5G Tetapi Bersyarat

Huawei Memiliki 40 Kontrak 5G Dan Telah Mengedar Lebih 70,000 Stesen Pangkalan 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend