Kerajaan Tetapkan Harga Siling Terbaru Topeng Muka, Kini RM1.50 Sekeping Comments Off on Kerajaan Tetapkan Harga Siling Terbaru Topeng Muka, Kini RM1.50 Sekeping

Kerajaan hari ini telah menurunkan harga siling topeng muka daripada RM2 kepada RM1.50 sekeping.

Pengumuman harga siling terbaru ini telah dibuat oleh Menteri Kanan, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini selepas mendapati stok topeng yang diimport kian meningkat.

Jika sebelum ini harga siling untuk sekotak 50 keping topeng muka 3-lapis ditetapkan pada harga RM100, kini dengan harga siling terbaru penjual harus menjualnya pada harga RM75 atau lebih murah lagi.

Menteri Kanan ini turut memberitahu bahawa pelaksanaan PKP untuk fasa kedua yang bermula 1 April akan diperketatkan lagi yang mana semua perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasaraya serta restoran hanya dibolehkan untuk beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan sekatan jalan raya di seluruh Malaysia dan menasihatkan orang ramai yang ingin keluar mendapatkan bekalan harian perlu mewakilkan seorang sahaja setiap keluarga.

Setakat artikel ini ditulis, KKM telah mengesahkan sebanyak 2,470 kes jangkitan COVID-19 dengan 35 kematian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend