Kerajaan Melaka Rancang Bina Dan Naik Taraf 100 Menara Telekomunikasi Comments Off on Kerajaan Melaka Rancang Bina Dan Naik Taraf 100 Menara Telekomunikasi

Kerajaan Melaka difahamkan sedang merancang untuk membina dan menaik taraf 100 menara telekomunikasi pada tahun ini bagi menampung keperluan selular yang semakin meningkat saban hari.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata setakat ini kerajaan negeri berjaya meningkatkan liputan selular di lebih 55 lokasi seluruh negeri.

Bagi tempoh 2015 dan 2017 hanya 30 menara telekomunikasi dibina manakala dalam tempoh Januari hingga April tahun lepas hanya enam menara dibina, katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen gotong-royong bersama masyarakat di Bukit Beruang, di sini hari ini..

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend