Kerajaan Beri Internet Percuma 1GB Setiap Hari Kepada Semua Sepanjang Tempoh PKP Bermula 1 April Comments Off on Kerajaan Beri Internet Percuma 1GB Setiap Hari Kepada Semua Sepanjang Tempoh PKP Bermula 1 April

Dalam pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau telah mengumumkan sejumlah manfaat kepada setiap lapisan masyarat yang tidak mengecualikan sesiapa.

Selain bayaran one-off kepada keluarga dengan isi rumah bawah RM8000, dan individu bujang berumur atas 21 tahun iaitu sehingga RM800, kerajaan juga akan menghadiahkan internet percuma kepada setiap orang.

Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi. Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.

Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan mendengar butiran lebih lanjut daripada syarikat telco bagaimana internet percuma akan diberikan kepada pengguna sama ada ia akan diberi secara automatik atau perlu ditebus.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend