Keputusan DxOMark OnePlus 6T Mencatatkan Skor Setanding Google Pixel 2 Comments Off on Keputusan DxOMark OnePlus 6T Mencatatkan Skor Setanding Google Pixel 2

OnePlus 6T sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi sebagai versi penambahbaikan, namun begitu sensor kamera yang digunakan masih tidak berubah sama seperti model OnePlus 6. Jika sebelum ini OnePlus 6 telah mencatatkan skor DxOMark sebanyak 96, kini OnePlus 6T dilihat telah mencatatkan prestasi kamera yang sedikit lebih baik dengan kelebihan dua mata iaitu 98.

Berdasarkan daripada skor yang dicatatkan oleh OnePlus 6T, penggambaran imej statiknya adalah 101 dan rakaman video pula mencatatkan skor sebanyak 91. DxOMark telah membuat kesimpulan bahawa OnePlus 6T menyokong fungsi auto fokus yang sangat pantas, pendedahan cahaya serta warna yang sangat baik, dan juga prestasi flash yang terang.

Namun begitu, kelemahan utama OnePlus 6T adalah ketiadaan mod zum optikal, isu noise di dalam persekitaran gelap, dan juga masalah artifak pada hasil gambar. Sungguhpun begitu, keputusan yang dicatatkan oleh OnePlus 6T adalah setanding dengan Google Pixel 2 yang sememangnya terkenal dengan keupayaan kameranya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend