Kenyataan Rasmi: Huawei Akan Pastikan Setiap Telefon Pintar Sedia Ada Menerima Kemas Kini Comments Off on Kenyataan Rasmi: Huawei Akan Pastikan Setiap Telefon Pintar Sedia Ada Menerima Kemas Kini

Semalam merupakan hari buruk buat Huawei apabila lesen Android yang diberikan telah ditarik serta merta oleh Google. Bermula semalam juga, pengguna Huawei mula khuatir dengan isu ini memandangkan peranti yang digunakan tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini pada masa akan datang.

Bagaimanapun, semalam pihak Android telah mengeluarkan kenyataan mereka di Twitter, memaklumkan telefon pintar sedia ada Huawei masih lagi diberikan akses kepada perkhidmatan Google Play dan sebagainya seperti biasa. Hari ini, pihak Huawei pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung penarikan lesen semalam.

“Sebagai salah satu rakan kongsi utama Android, Huawei seringkali memberi
sumbangan yang konsisten terhadap perkembangan dan pertumbuhan Android,
di samping bekerjasama rapat dengan mereka untuk membina dan
membangunkan ekosistem yang memberi manfaat kepada industri dan pengguna
telefon pintar.

Huawei akan pastikan ciri-ciri keselamatan dalam setiap telefon pintar
sedia ada Huawei dan HONOR akan terus dikemaskini seadanya.

Kami komited untuk terus membina ekosistem perisian yang selamat dan
ampuh untuk memberikan pengalaman telefon pintar terbaik kepada semua
pengguna di seluruh dunia.”

Kenyataan di atas ditujukan kepada pengguna Huawei dan Honor yang mana syarikat ini berjanji untuk memberikan kemas kini keselamatan bagi setiap telefon pintar sedia ada.

Pada masa sama, Huawei juga memberi petunjuk bahawa pada masa akan datang mereka akan mengeluarkan sistem operasi tersendiri bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend