Kenali Revolusi Teknologi Pengecasan Pantas Berwayar Dan Tanpa Wayar Pada Peranti HUAWEI Comments Off on Kenali Revolusi Teknologi Pengecasan Pantas Berwayar Dan Tanpa Wayar Pada Peranti HUAWEI 229

Tidak dinafikan lagi bahawa telefon pintar merupakan antara teknologi yang menyaksikan revolusi yang paling cepat berbanding peranti elektronik yang lain. Selain tampil dengan prestasi peranti yang berkuasa bagi memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin aktif, sejak kebelakangan ini pengeluar telefon pintar juga dilihat cuba bersaing untuk memperbaiki teknologi pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar yang dibangunkan.

Apa yang pasti HUAWEI boleh dikatakan antara pengeluar telefon pintar yang dilihat sangat komited dalam merevolusikan teknologi pengecasan berwayar dan tanpa wayar pada peranti keluarannya. Jadi di dalam ruangan ini kami akan mengimbas kembali revolusi teknologi pengecasan pantas yang telah diperkenalkan oleh HUAWEI setakat ini…

:: PENGECASAN PANTAS BERWAYAR ::

Teknologi FCP (18W)

HUAWEI buat pertama kalinya telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas Quick Charge dengan menggunakan Fast Charge Protocol atau lebih dikenali sebagai FCP pada November 2015. Mula diperkenalkan pada model HUAWEI Mate 8, ia dilengkapi dengan spesifikasi pengecasan pantas 18W (9V/2A) melalui sambungan palam kuasa FCP Quick Charge dan juga kabel microUSB.

Tip: Secara umum, semakin tinggi kuasa pengecas (Unit: W), semakin tinggi kecekapan pengecasan.

Teknologi SCP 1.0 (22.5W)

Seiring dengan penambahbaikan dalam teknologi pengecasan pantas, HUAWEI mula memperkenalkan teknologi Super Charge Protocol atau lebih dikenali sebagai SCP. Diperkenalkan pada November 2016, HUAWEI Mate 9 merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan sokongan output pengecasan 22.5W (5V/4.5A atau 4.5V/5A).

Malah ia juga kini telah menggunakan kaedah sambungan yang lebih baharu iaitu melalui sokongan kabel USB Type-C, bagi menggantikan penggunaan kabel microUSB sebelum ini.

Trivia: SCP 1.0 mampu mengecas sehingga 2320mAh dalam tempoh 30 minit, dan mencecah 3720mAh dalam masa sejam.

Teknologi SCP 2.0 (40W)

Selepas hampir dua tahun SCP 1.0 diperkenalkan, HUAWEI akhirnya telah berjaya memperkenalkan teknologi pengecasanyang menjanjikan prestasi hampir dua kali ganda lebih pantas dengan pengenalan teknologi SCP 2.0 pada Oktober 2018 yang lalu. Menyokong output pengecasan 40W (10V/4A), HUAWEI Mate 20 Pro merupakan model pertama yang menyokong teknologi pengecasan pantas ini.

Trivia: SCP 2.0 dikatakan mampu mengecas bateri HUAWEI Mate 20 Pro (4200mAh) daripada 0% hingga 70% dalam tempoh 30 minit sahaja.

:: PENGECASAN PANTAS TANPA WAYAR ::

Pengecasan Tanpa Wayar 15W

Pada Oktober 2018, HUAWEI bukan sahaja memperkenalkan teknologi pengecasan pantas SCP 2.0 pada HUAWEI Mate 20 Pro, tetapi ia turut menyaksikan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar dengan output maksimum sehingga 15W. Pada ketika itu ia merupakan teknologi pengecasan tanpa wayar yang paling pantas pernah diperkenalkan.

Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Setahun selepas itu, HUAWEI sekali lagi telah memperkenalkan penambahbaikan untuk teknologi pengecasan tanpa wayar yang menawarkan sokongan output maksimum sehingga 27W. Teknologi HUAWEI 27W Wireless SuperCharge ini telah membuat penampilan pertamanya melalui model Mate 30 Pro pada 19 September 2019 yang lalu.

Selain menjanjikan proses pengecasan tanpa wayar yang sangat pantas, ia turut dilengkapi dengan pengiktirafan keselamatan TÜV yang mampu memastikan proses pengecasan yang diyakini tahap keselamatannya.

Baca juga:

Pelanggan Digi Boleh Memiliki HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dengan Komitmen Serendah RM168

HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend