Kempen Shopee 10.10 Kini Memfokuskan Kepada Produk Buatan Malaysia, Banyak Tawaran Menarik Menanti Pelanggan Comments Off on Kempen Shopee 10.10 Kini Memfokuskan Kepada Produk Buatan Malaysia, Banyak Tawaran Menarik Menanti Pelanggan 482

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawakan kempen nasional Beli Barangan Malaysia dalam talian dan rantau ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka serta berkembang maju dalam persekitaran yang amat kompetitif. Beberapa inisiatif utama akan dijalankan di bawah kerjasama ini:

Pertama, untuk memastikan keterlihatan produk-produk buatan Malaysia di platform e-dagang, Shopee telah menghasilkan halaman koleksi khusus Beli Barangan Malaysia yang mengetengahkan produk buatan Malaysia daripada jenama tempatan popular seperti Pensonic, BeauSiti oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aik Cheong, Selamat, Victoria Sloane, Kaca-Kaca, 888, Amazin’ Graze dan OldTown White Coffee. Kempen ini juga akan mendapatkan sokongan selebriti daripada Shopee Selebriti Skuad di mana produk mereka juga dibuat di Malaysia termasuk Tya Arifin, Rita Sosilawati, Nana Mahazan, Fynn Jamal, Amy Search, and Sophia Liana. Di samping itu, pengguna Shopee boleh mendapatkan barangan Malaysia sebenar termasuk produk kecantikan, pes kari lazat, sambal belacan, ikan bilis kering dan banyak lagi daripada para peniaga tempatan.

Kedua, bermula dengan 10.10 Brands Festival, Shopee berikrar untuk mengetengahkan koleksi Beli Barangan Malaysia untuk acara membeli-belah mega akhir tahun yang akan datang termasuk kempen global 11.11 dan kempen 12.12. Ini adalah untuk memastikan penjual produk buatan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan trafik dan kegiatan membeli-belah dalam talian untuk tempoh tersebut. Sebagai contoh, 10.10 Brands Festival yang berlangsung sehingga 10 Oktober akan menawarkan kepada rakyat Malaysia penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10, tawaran harian serendah RM10, diskaun eksklusif sehingga 80%, dan permainan dalam aplikasi menarik seperti Mission: Shopee, Voucher Together-Gether, Shopee Catch dan Shopee Quiz dengan jumlah 10 juta Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi.

Untuk mencerminkan komitmen Shopee memaparkan kualiti dan daya tarikan produk buatan Malaysia, koleksi Beli Barangan Malaysia akan dipaparkan bersama jenama antarabangsa dan jenama terkenal seperti Unilever, HP, Enfagrow, Photobook Malaysia, L’Oreal, Vinda, Nutox, Universal Traveller, Mr DIY, Nestle dan Realme yang menjalankan Super Brand Days untuk 10.10 Brands Festival. Setiap jenama akan mendapat sokongan khusus daripada Shopee untuk meningkatkan keterlibatan pengguna, seperti ciri-ciri permainan dan pengambilalihan jenama di dalam aplikasi.

Ketiga, selain daripada menyokong produk tempatan di Malaysia, Shopee juga membolehkan penjual tempatan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan inisiatif rentas sempadan serba lengkap. Dikenali sebagai Shopee International Platform (SIP), inisiatif ini menawarkan pelbagai kemudahan logistik, pembayaran dan perkhidmatan pelanggan kepada penjual tempatan tanpa sebarang kos tambahan. Ini pasti mendorong peruncit yang ingin menembusi pasaran antarabangsa tetapi menghadapi kerumitan operasi.

Dengan SIP, para penjual Malaysia kini boleh meluaskan perniagaan mereka di rantau ini, bermula dengan Singapura. Inilah masa yang paling sesuai, selaras dengan agenda Beli Barangan Malaysia, kerana usahawan tempatan boleh menjana pendapatan lebih besar dan berdaya maju dengan Shopee dan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa.

Akhir sekali, untuk memacu minat dan trafik untuk Shopee 10.10 Brands Festival dan inisiatif kempen Beli Barangan Malaysia, rakan-rakan niaga Shopee akan menawarkan keistimewaan eksklusif seperti:

  • Boat Noodle: Dapatkan 2 Mangkuk Boat Noodle untuk hanya RM1.10 untuk 2 Mangkuk Boat Noodle pada 10.10 (sementara stok masih ada).
  • Salad Atelier: Nikmati diskaun 50% untuk Raccoon Salad, Greek God Bowl, dan Quinoa Lemak Wrap & RM10 untuk Chicken Teriyaki bowl, Rabbit and Raccoon Sandwich
  • Baskin Robbins: Potongan sehingga 31% di kedai rasmi Baskin Robbins
  • Burger King: Dapatkan 2 burger hanya untuk RM10
  • Boost: Dapatkan diskaun 10% untuk baucar Shopee dari Boost App pada 10.10 dan anda berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM100 dan iPhone 11, ditaja oleh TMT
  • Haagen Dazs – Nikmati diskaun sehingga 60% untuk ais krim
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend