Kempen ‘JOM MAKAN’ Dengan eDompet Touch ‘n Go Menawarkan Promosi Pada Harga Hanya RM0.10 Comments Off on Kempen ‘JOM MAKAN’ Dengan eDompet Touch ‘n Go Menawarkan Promosi Pada Harga Hanya RM0.10

Sebagai inisiatif dalam menggalakkan belian tanpa tunai dengan transaksi menggunakan eDompet, Touch ‘n Go telah melancarkan kempen ‘JOM MAKAN’ bermula Ogos hingga Disember 2019 nanti. Sepanjang kempen ini berlangsung, anda boleh menikmati pelbagai tema makanan tempatan yang berbeza bagi setiap tiga minggu dengan harga promosi hanya RM0.10 sahaja.

Bermula 18 Ogos hingga 7 September 2019 ini, kempen ‘JOM MAKAN’ ini akan dimulakan dengan tema makanan ‘Nasi Lemak’ yang akan dijual pada harga hanya RM0.10. Tersedia di enam lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang, hanya 250 bungkus nasi lemak akan ditawarkan pada harga promosi pada setiap hari.

Senarai kedai yang terlibat dengan kempen ‘JOM MAKAN’:

Manakala bermula 8 September hingga 5 Oktober 2019 nanti, kempen ‘JOM MAKAN’ ini akan menampilkan tema makana berbeza iaitu ‘Cendol’ yang juga akan ditawarkan pada harga hanya RM0.10. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘JOM MAKAN’, layari https://www.tngdigital.com.my/jommakan

Promosi Istimewa Durian!
Menariknya untuk tempoh masa terhad, peminat durian boleh mengunjungi Ken Kua Fruits Trading (juga dikenali sebagai Ken Kua 3333 Durian King) untuk menikmati diskaun sehingga 30%, bermula 16 Ogos hingga 16 September 2019 nanti.

Manakala pada hujung minggu ini (25 Ogos 2019), Ken Kua turut menganjurkan promosi ‘Durian Day Special’ dan pengguna eDompet Touch ‘n Go boleh membeli durian dengan diskaun sehingga 80% (sah pada 6pm hingga 10pm sahaja).

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n GO:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend