‘Kempen Ekspo Elektronik Shopee’ Tawar Pelbagai Produk Elektronik Dengan Diskaun Sehingga 90% – 23 Hingga 26 Julai 2018 Comments Off on ‘Kempen Ekspo Elektronik Shopee’ Tawar Pelbagai Produk Elektronik Dengan Diskaun Sehingga 90% – 23 Hingga 26 Julai 2018

Shopee selaku platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan ‘Kempen Ekspo Elektronik Shopee – Jaminan Harga Terendah (LPG) bermula 23 hingga 26 Julai 2018. Shopee akan menawarkan lebih daripada 20 jenama terkenal seperti Armageddon, Alcatroz, honor, Philips, Tefal, vivo, ASUS, Huawei, Xiaomi dan banyak lagi. Dengan menawarkan lebih 1,000 produk termasuk telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah dan aksesori, pengguna boleh mendapatkan diskaun sehingga 90%.

Melalui promosi ini, Shopee menjanjikan harga terendah ke atas semua produk yang telah dilabelkan dengan tag ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah). Sekiranyan pembeli terjumpa produk sama yang dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.

Lebih menariknya, pada 23 Julai 2018 (Isnin) Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale yang menjanjikan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama sepanjang tempoh 24 jam iaitu pada jam 12 tengah malam, 9 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan 8 malam.

Shopee juga akan turut melancarkan pertandingan ‘Tag a Bro, Win Like a Pro’ di laman Facebook pada 23 hingga 26 Julai nanti. Pengguna hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, tag seorang rakan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai sehingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend