Kemboja Menandatangani Perjanjian Pembangunan Infrastruktur 5G Dengan Huawei Comments Off on Kemboja Menandatangani Perjanjian Pembangunan Infrastruktur 5G Dengan Huawei

Huawei sebelum ini telah menjadi pilihan kebanyakan negara dengan diberi kepercayaan untuk membangunkan infrastruktur 5G apabila telah berjaya mendapatkan sebanyak 40 kontrak di seluruh dunia, dan ini termasuklah enam kontrak yang ditandatangani di Asia.

Pada 28 April 2019 yang lepas, Huawei sekali lagi telah menerima satu lagi kontrak untuk pembangunan infrastruktur rangkaian 5G selepas menandatangani perjanjian dengan Kemboja. Menurut laporan media dari Jerman, jurucakap pengawalselia telekomunikasi Kemboja akan melancarkan infrastruktur mudah alih 5G di negara itu pada tahun depan.

Kemboja merupakan negara ASEAN pertama yang menandatangani perjanjian 5G dengan Huawei.

 

Selain Kemboja, antara negara di rantau Asia Tenggara yang telah bekerjasama dengan Huawei dalam pembangunan rangkaian 5G termasuklah Thailand, Filipina dan juga Malaysia. Malah Naib Pengerusi Huawei sendiri telah meramalkan pembangunan 6.5 juta stesen pangkalan 5G dengan 2.8 bilion pengguna rangkaian itu menjelang tahun 2025 nanti.

sumber

Baca juga:

Switzerland Jadi Negara Pertama Menawarkan Huawei Mate 20 X 5G Pada Harga RM4,053

Vodafone Dan Huawei Bekerjasama Dalam Menawarkan Rangkaian 5G Di Qatar – Harga RM1,700 Sebulan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend