Kemas Kini WatchOS 5.1.2 Mengecewakan Pengguna Di Malaysia Comments Off on Kemas Kini WatchOS 5.1.2 Mengecewakan Pengguna Di Malaysia

Apple Watch Series 4 dilancarkan seiring dengan barisan iPhone XS dan XR pada September yang lalu. Salah satu fungsi paling menarik pada jam pintar Apple generasi keempat ini ialah ciri Elektrokardiogram (ECG) yang berupaya membaca aktiviti jantung si pemakainya. Bagaimanapun, fungsi ini tidak disertakan terus daripada kotak dan ia perlu dimuat turun secara manual dalam kemas kini WatchOS 5.1.2 yang dilepaskan beberapa hari lepas.

Apa yang mengecewakan kami selepas memasang perisian terbaru ini, kami dapati fungsi ECG masih tidak wujud pada peranti kami dan ia hanya tersedia kepada para pengguna di AS sahaja buat masa ini. Ini kerana pihak Apple masih belum mendapat kelulusan Type II FDA daripada pihak berkuasa tempatan.

Sebagai pengguna yang telah dijanjikan Apple, pasti ramai yang turut kecewa malah diharapkan fungsi ini akan tersedia kepada para pengguna di Malaysia kelak.

Apple Watch Series 4 didatangkan dengan dua saiz berbeza 40mm dan 44mm. Ia dijual pada harga bermula RM1,749 seutas dengan dua pilihan warna Space Gray dan Silver. Setakat ini, ia dianggap peranti Apple paling ‘panas’ di Malaysia kerana stoknya yang sukar didapati.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend