Kemas Kini Untuk Samsung Galaxy A30 Membawakan Penambahbaikan Kualiti Audio Pada Earphone Comments Off on Kemas Kini Untuk Samsung Galaxy A30 Membawakan Penambahbaikan Kualiti Audio Pada Earphone

Samsung Malaysia telahpun melancarkan Galaxy A30 dan juga Galaxy A50 untuk pasaran tempatan pada pertengahan bulan Mac 2019 yang lalu, dan ia mendapat sambutan positif berikutan harganya yang kompetitif.

Baru-baru ini pemilik Galaxy A30 di India dilaporkan telah mula menerima kemas kini terbaharu yang membawakan tampalan keselamatan Android untuk bulan April 2019. Fail kemas kini sebesar 424.16MB ini juga turut disahkan menyokong penambahbaikan kualiti audio pada earphone. Namun begitu, Samsung tidak menyatakan pula secara terperinci apakah penambahbaikan yang dimaksudkan.

Buat masa ini kemas kini hanya diterima oleh pemilik Galaxy A30 di India, dan ia dijangka akan mula ditawarkan di lebih banyak negara dalam masa terdekat ini. Bagi memeriksa sama ada peranti anda telah menerima kemas kini ataupun tidak, akses sahaja Settings → Software Update.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend