Kemas Kini Untuk Aplikasi Google Contacts Dan Google Phone Menampilkan Antaramuka Lebih Menarik Comments Off on Kemas Kini Untuk Aplikasi Google Contacts Dan Google Phone Menampilkan Antaramuka Lebih Menarik

Baru-baru ini pemilik peranti Android yang dioperasikan dengan antaramuka Android asli telahpun menerima kemas kini baharu untuk aplikasi Google Contacts dan juga Google Phone.

Perbandingan antaramuka Google Contacts sebelum dan selepas dikemaskini.

Melalui kemas kini baharu ini, kedua-dua aplikasi itu menampilkan rekaan yang lebih menarik kerana ia menyokong tema warna putih pada keseluruhan antaramukanya. Selain itu, jenis fon yang digunakan juga kelihatan berbeza berbanding sebelum ini. Kedua-dua aplikasi ini sudahpun boleh dikemaskinikan melalui Play Store.

Perbandingan antaramuka Google Phone sebelum dan selepas dikemaskini.
Antaramuka panggilan juga kini telah diperbaharui.

Sebagai rujukan, antara peranti yang menyokong kedua-dua aplikasi ini termasuklah peranti yang berasaskan platform Android One seperti Xiaomi Mi A2, dan juga ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang hadir dengan antaramuka Android asli.

Kemas kini artikel:

Aplikasi Google Messages juga kini telah menerima kemas kini baru dengan sokongan antaramuka baharu Google Material Design.

Muat turun aplikasi:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend