Kemas Kini Terbaru Samsung Galaxy S9 Bawa Penambahbaikan Pada Swafoto Comments Off on Kemas Kini Terbaru Samsung Galaxy S9 Bawa Penambahbaikan Pada Swafoto

Samsung baru sahaja melepaskan kemas kini terbaru untuk Samsung Galaxy S9. Bersamanya adalah penambahbaikan perisian pada kamera swafoto yang mana meningkatkan lagi kualiti gambar.

Kemas kini turut membawakan tampalan keselamatan bulan Januari daripada Google menerusi versi G960FXXU2CSA2. Seperti yang dimaklumkan tadi, ia meningkatkan kualiti pada kamera depan sekiranya pengguna mengambil gambar swafoto dengan latar belakang cahaya terang.

Ada pengguna terawal yang sudah memakai perisian terbaru ini mendakwa gambar dalam persekitaran gelap juga menjadi lebih baik berbanding biasa. Selain daripada itu, ia turut memberikan pengalaman antaramuka yang lebih lancar.

Terdahulu, Samsung telah mengeluarkan senarai penuh peranti yang akan menerima kemas kini sistem operasi Android 9.0 Pie. Sekurang-kurangnya 24 model telah diumumkan bermula dengan Galaxy S9 dan S9+.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend