Kemas Kini Terbaru Samsung Experience Membolehkan Skrin Utama Galaxy S8 Dipusingkan Comments Off on Kemas Kini Terbaru Samsung Experience Membolehkan Skrin Utama Galaxy S8 Dipusingkan

Buat masa ini ciri memusingkan skrin utama pada peranti Samsung hanya ditawarkan pada model Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Terkini, melalui portal SamMobile melaporkan sebilangan kecil pengguna Galaxy S8, Galaxy S8+, dan Galaxy Note 8 telah menerima ciri ini.

Antaramuka Samsung Experience yang terbaru membolehkan pengguna memusingkan skrin daripada potret kepada landskap melalui kemas kini yang dilakukan – Tidak seperti sebelum ini dimana ia dikatakan akan ditawarakan pada peranti tahun 2018 sahaja (termasuk Galaxy Note 9).

Dengan penawaran ciri ini kepada beberapa pengguna terpilih, ia pasti akan diperluaskan kepada seluruh pengguna Galaxy S8 dan ke atas dalam beberapa minggu ini secara berperingkat.

Bagi pengguna di Malaysia yang bertuah, anda boleh menyemak ciri ini di bahagian Settings seterusnya ke Home Screen Settings dan tap pada Potrait Mode untuk mengaktifkannya ciri memusingkan skrin utama.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend