Kemas Kini Terbaru Netflix Untuk Peranti Android Membawakan Penambahbaikan Pada Kawalan Video Comments Off on Kemas Kini Terbaru Netflix Untuk Peranti Android Membawakan Penambahbaikan Pada Kawalan Video

Pemilik peranti Android kini sudah boleh memuat turun kemas kini terbaru untuk aplikasi Netflix bagi menikmati pembaharuan pada kawalan video yang sedang dimainkan. Kini pengguna bebas untuk melangkau tayangan selama 10 saat sama ada ke depan atau belakang, dan ia juga menyokong kaedah double tap pada skrin sama seperti yang disokong pada aplikasi YouTube.

Malah antaramuka tayangan video ini juga telah diperbaharui agar tampil lebih kemas, di mana menu ‘Episodes’ dan ‘Audio & Subtitles’ telah ditempatkan pada bahagian bawah paparan. Lebih menariknya, kemas kini terbaru ini turut menyediakan satu menu tambahan iaitu ‘Next episode’ yang membolehkan anda terus memainkan episod berikutnya dengan hanya satu klik.

Bagi pengguna yang memiliki peranti dengan nisbah paparan lebih besar dari 16:9, mereka juga boleh mengaktifkan video dalam paparan penuh dengan menggunakan kaedah pinch out pada skrin. Buat masa ini kemas kini terbaru dari Netflix ini hanya tersedia untuk peranti Android sahaja.

Muat turun Netflix: Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend