Kemas Kini Terbaru iOS 13.2.3 Selesaikan Isu Berkaitan Aplikasi Pra-pasang Comments Off on Kemas Kini Terbaru iOS 13.2.3 Selesaikan Isu Berkaitan Aplikasi Pra-pasang 125

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini terbaru untuk peranti iPhone menerusi iOS 13.2.3. Ia merupakan kemas kini kedua untuk bulan ini sahaja. Perubahan kali ini telah menyelesaikan isu di mana sistem carian tidak berfungsi pada aplikasi seperti Mail, Files, dan Notes.

Selain itu, Apple turut membaiki masalah pada Messages di mana foto, pautan, dan lampiran lain gagal dipaparkan pada iOS sebelum ini. Tambahan lagi, perisian terbaru juga kini menghalang kandungan latar belakang dimuat turun.

iOS 13.2.3 boleh dimuat turun hari ini dengan saiz fail sederhana. Pengguna juga disarankan menggunakan sambungan WiFi yang stabil untuk proses muat turun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend