Kemas Kini Terbaru EMUI Untuk P30 Dan P30 Pro Mengoptimumkan Kamera, Pengimbas Cap Jari, Panggilan, Dan Banyak Lagi Comments Off on Kemas Kini Terbaru EMUI Untuk P30 Dan P30 Pro Mengoptimumkan Kamera, Pengimbas Cap Jari, Panggilan, Dan Banyak Lagi

Huawei kini dilaporkan sedang melepaskan kemas kini terbaru kepada para pengguna Huawei P30 dan P30 Pro yang membawakan penambahbaikan kepada kualiti gambar, paparan, panggilan, aplikasi AR Measure, dan tampalan keselamatan terbaru.

Kemas kini tersebut adalah EMUI versi 9.1.0.162 dengan saiz 329MB dan telah disahkan tiba ke telefon pintar P30 dan P30 Pro di China. Ia juga mungkin akan tiba ke negara lain pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Berikut adalah model yang menyokongnya:

  • Huawei P30 – ELE-AL00
  • Huawei P30 – ELE-TL00
  • Huawei P30 Pro – VOG-AL00/VOG-AL10
  • Huawei P30 Pro – VOG-TL00

Sekiranya anda ingin menyemaknya secara manual, anda boleh ke Settings > System > System Update > Check for Updates.

Log-tukar untuk Huawei P30:

Kamera: Meningkatkan kualiti foto, menjadikan warna lebih asli dan natural. Membaiki paparan tidak normal semasa merakam video menggunakan kamera depan. Menambah pilihan untuk memasukkan wajah kedua.

Face Unlock: Menambah pilihan alternatif atau pengecaman wajah kedua.

Paparan: Membolehkan mesej dan notifikasi dipaparkan pada skrin kunci dengan live wallpaper.

Panggilan: Mengoptimumkan sambungan VoLTE untuk beberapa senario – Wechat: membaiki isu di mana notifikasi tidak berfungsi dengan baik.

Keselamatan: Menyertakan tampalan keselamatan Mei 2019 untuk meningkatkan sistem keselamatan.

Log-tukar untuk Huawei P30 Pro:

Kamera: Meningkatkan kualiti foto, menjadikan warna lebih asli dan natural. Membaiki paparan tidak normal semasa merakam video menggunakan kamera depan. Menambah pilihan untuk memasukkan wajah kedua.

Paparan: Membolehkan mesej dan notifikasi dipaparkan pada skrin kunci dengan live wallpaper.

Panggilan: Mengoptimumkan sambungan VoLTE untuk beberapa senario – Wechat: membaiki isu di mana notifikasi tidak berfungsi dengan baik.

AR Measure: Mengoptimumkan fungsi AR Measure, membolehkan ukuran dibuat secara automatik untuk sesetengah objek.

Keselamatan: Menyertakan tampalan keselamatan Mei 2019 untuk meningkatkan sistem keselamatan.

Pengimbas Cap Jari: Mengoptimumkan ciri imbasan cap jari dalam skrin.

Miliki telefon pintar Huawei secara eksklusif di Huawei Online Official Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend