Kemas Kini Terbaru ASUS ZenFone Max Pro (M1) Menjanjikan Penambahbaikan Pada Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Comments Off on Kemas Kini Terbaru ASUS ZenFone Max Pro (M1) Menjanjikan Penambahbaikan Pada Kamera Dan Pengimbas Cap Jari

ASUS Malaysia baru sahaja melancarkan model mampu miliknya yang  terbaru dengan kehadiran model ZenFone Max Pro (M1) pada penghujung bulan Mei 2018 yang lalu. Nampaknya baru-baru ini model yang menampilkan sokongan antaramuka asli Android Oreo dan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh itu telah menerima kemas kini yang pertama secara rasmi.

Kemas kini dengan versi 15.2016.1805.309 untuk ZenFone Max Pro (M1) model ZB602KL ini sudah boleh dimuat turun menggunakan kaedah OTA (Over-The-Air). Melalui kemas kini ini, ia menjanjikan prestasi kamera yang lebih baik dan juga mengoptimakan kepantasan masa membuka peranti menggunakan sensor pengimbas cap jari.

Untuk mengemaskini peranti anda, akses Settings > System > System updates.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend