Kemas Kini SwiftKey Membolehkan Ruangan ‘Toolbar’ Diubah Mengikut Keperluan Pengguna Comments Off on Kemas Kini SwiftKey Membolehkan Ruangan ‘Toolbar’ Diubah Mengikut Keperluan Pengguna

Seperti yang kami telah kongsikan sebelum ini, aplikasi SwiftMoji sudahpun dihentikan sokongannya dan fungsi itu kini boleh terus digunakan pada aplikasi SwiftKey. Hari ini pengguna aplikasi papan kekunci SwiftKey sudah boleh menikmati satu lagi ciri yang diperbaharui melalui penyediaan kemas kini terbaru.

Ruangan ‘Toolbar’ kini boleh diubah mengikut keperluan masing-masing.

Melalui kemas kini versi 7.0.3.19 yang baru diterima hari ini, SwiftKey membolehkan ruangan Toolbar yang terletak di bahagian atas papan kekunci diubah mengikut keperluan pengguna. Dengan ciri baharu ini, pengguna bukan sahaja boleh mengubah kedudukan simbol fungsi seperti GIF, Stickers, Settings, Themes, Clipboard dan sebagainya, tetapi fungsi itu juga kini boleh dimatikan sekiranya tidak digunakan.

Pengguna SwiftKey versi beta turut menerima sedikit perubahan antaramuka dan juga ramalan perkataan tambahan untuk bahasa Thai dan Vietnam.

Untuk mengakses Toolbar, anda hanya perlu menekan ikon tambah (+) pada sebelah atas kiri papan kekunci, kemudian klik pada simbol tiga titik yang dipaparkan pada sebelah atas kanan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend