Kemas Kini OxygenOS 5.1.9 Untuk OnePlus 6 Membolehkan Sambungan Internet Ditutup Secara Automatik Untuk Penjimatan Bateri Comments Off on Kemas Kini OxygenOS 5.1.9 Untuk OnePlus 6 Membolehkan Sambungan Internet Ditutup Secara Automatik Untuk Penjimatan Bateri

‘Never Settle’! Slogan yang digunakan oleh OnePlus ini sememangnya sesuai untuk merujuk pada penerimaan kemas kini yang berterusan untuk peranti keluarannya. Baru-baru ini OnePlus telah mula menawarkan kemas kini baharunya iaitu OxygenOS 5.1.9 khusus untuk pemilik model OnePlus 6.

Melalui kemas kini baharu ini, peranti OnePlus 6 akan menerima ciri penjimatan bateri pintar yang mana akan mengoptimumkan penggunaan bateri dengan lebih efisien. Dengan adanya fungsi ini, sambungan Internet akan ditutup secara automatik apabila pengguna tidur. Fungsi ini beroperasi berdasarkan kepada corak tidur pengguna dan sambungan Internet akan ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Fungsi yang dikenali sebagai ‘Sleep Standby Optimization’ ini walau bagaimanapun perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna melalui tetapan bateri pada peranti. Menurut OnePlus, pengaktifan fungsi ini mampu menjanjikan ketahanan bateri yang lebih lama berbanding sebelum ini.

Kemas kini Oxygen OS 5.1.9 ini turut menawarkan integrasi Google Lens Mode, memperbaiki kualiti imej, penerimaan sistem keselamatan Android untuk bulan Julai, mengatasi isu kestabilan sambungan Bluetooth di dalam kereta, dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend