Kemas Kini OxygenOS 5.1.6 Untuk OnePlus 6 Hadir Dengan Sokongan Mod Potret Pada Kamera Hadapan Comments Off on Kemas Kini OxygenOS 5.1.6 Untuk OnePlus 6 Hadir Dengan Sokongan Mod Potret Pada Kamera Hadapan

Sebut sahaja tentang penerimaan kemas kini, OnePlus merupakan antara peranti yang tidak mengecewakan kerana ia sering menyokong kemas kini terbaru secara OTA. Begitu juga dengan model terbaru OnePlus 6, baru-baru ini ia telah menerima kemas kini OxygenOS 5.1.6 yang membawakan penambahbaikan pada sistem dan juga pembetulan isu umum pada versi OxygenOS sebelum ini.

Berikut adalah senarai perubahan pada OxygenOS 5.1.6:

Rangkaian

  • Pengaktifan perkhidmatan VoLTE di India
  • Membaiki isu kestabilan untuk kad dwi SIM

Kamera

  • Tambahan mod Potret pada kamera hadapan
  • Tambahan preview untuk efek Light Bokeh dalam mod Potret pada kamera utama

Telefon

  • Mengoptimumkan kejelasan panggilan

Sistem

  • Sokong peratusan bateri pada bar status
  • Penambahbaikan kekuatan nada dering dan kualiti bunyi
  • Mod DND (Do Not Disturb) kini boleh dijadualkan
  • Tambahan pilihan rangkaian Dwi-4G pada menu SIM & Network
  • Mengoptimumkan penggunaan kuasa dan memperbaiki kestabilan sistem

Mod fon telinga

  • Tambahan jawapan pintar untuk Bluetooth – menjawab panggilan masuk secara automatik apabila disambungkan ke peranti Bluetooth

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend