Kemas Kini MIUI 11 Versi Beta Untuk Redmi Note 7 Dan Redmi Note 7 Pro Kini Mula Dibuka Comments Off on Kemas Kini MIUI 11 Versi Beta Untuk Redmi Note 7 Dan Redmi Note 7 Pro Kini Mula Dibuka

Melalui pengumuman yang dikongsikan di laman komuniti Mi di China, pemilik Redmi Note 7 dan juga Redmi Note 7 Pro di negara itu sudahpun boleh menyertai program untuk menguji antaramuka MIUI 11 dalam versi beta tertutup.

Buat masa Xiaomi tidak pula mendedahkan jangka masa yang akan diambil untuk menguji versi beta tertutup berasaskan daripada Android 10 ini. Namun jika dirujuk kepada fasa kemas kini terdahulu, versi beta umum yang pertama dijangka akan diumumkan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.

This slideshow requires JavaScript.

Menurut pendedahan itu lagi, kemas kini MIUI 11 versi stabil untuk Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro mungkin dijangka akan diterima sekitar satu atau dua bulan selepas versi beta selesai diuji. Apa yang pasti, berkemungkinan besar kedua-dua model ini menerimanya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend