[Kemas kini] Malaysia Catat Satu Lagi Kes Baharu COVID-19, 22 Kes Sebelum Ini Telah Sembuh Dan Discaj Comments Off on [Kemas kini] Malaysia Catat Satu Lagi Kes Baharu COVID-19, 22 Kes Sebelum Ini Telah Sembuh Dan Discaj

Kemas kini (28 Feb 2020): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) lagi kes baharu dilaporkan pada hari ini seperti berikut:

KES BAHARU KE-24

Kes ke-24 merupakan seorang wanita berusia 41 tahun warganegara Jepun yang bekerja di Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun pada bulan Januari dan juga ke Indonesia pada awal Februari. Pesakit mempunyai gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Februari 2020. Ujian pengesanan COVID-19 diambil bagi kes ini dan disahkan positif pada 27 Februari 2020. Kini beliau sedang dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur.

KES BAHARU KE-25

Kes ke-25 merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun warganegara Itali yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan telah menetap di Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Itali atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Februari 2020. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk, sakit sendi dan sakit badan pada 22 Februari 2020. Beliau mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar bagi gejala yang dialaminya selama tiga hari berturut-turut – iaitu 23 sehingga 25 Februari 2020. Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 28 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.


Berita asal:

Melalui ciapan terbaharu di Twitter KKMPutrajaya, semalam Malaysia telah mencatatkan satu lagi kes baharu COVID-19, sekaligus merupakan kes ke-23 di negara ini.

Wanita tempatan berusia 53 tahun itu telah dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun baru-baru ini. Beliau yang telah pulang ke tanahair pada 23 Februari 2020 mula menunjukkan gejala demam pada keesokan harinya dan telah kini sedang mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur.

Manakala 22 pesakit sebelum ini telah dilaporkan sembuh sepenuhnya dan telah discaj dari hospital, termasuk ke-16 dan ke-22 juga telah discaj semalam.

KKM juga telah menasihatkan rakyat di negara ini untuk menangguhkan perjalanan ke China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan juga Iran.

Sehingga 27 Februari 2020 (jam 8 pagi), sejumlah 81,398 kes COVID-19 yang melibatkan 2,770 kematian dilaporkan di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, 4% (3,200 kes) dilaporkan di luar China yang melibatkan 52 kematian. Daripada pemantauan yang dijalankan, didapati Korea, Jepun, Itali, dan Iran menunjukkan ada peningkatan kes yang ketara dalam tempoh satu minggu yang lepas.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend