Kemas Kini iOS 12.1 Membolehkan Efek Bokeh Dilaras Secara Manual Ketika Mod Portrait Digunakan Comments Off on Kemas Kini iOS 12.1 Membolehkan Efek Bokeh Dilaras Secara Manual Ketika Mod Portrait Digunakan

Berbeza dengan iPhone X yang diperkenalkan pada tahun lepas, pemilik iPhone XS dan iPhone XS Max telah menerima fungsi baharu yang membolehkan pengguna melaras efek bokeh (depth-of-field) selepas gambar potret diambil. Nampaknya fungsi penggambaran itu telah dipertingkatkan keupayaannya dengan kemas kini iOS 12.1 nanti.

Sebelum ini ciri melaras bokeh secara manual hanya boleh dibuat selepas gambar diambil.

Menurut pemilik iPhone XS dan iPhone XS Max yang telah mengoperasikan peranti mereka dengan versi kemas kini iOS 12.1 beta, mereka kini berupaya melaras efek bokeh secara manual sebelum gambar diambil. Perkara ini disedari selepas satu bar untuk melaras efek bokeh muncul di bahagian bawah skrin selepas mod Portrait diaktifkan.

iOS 12.1 beta membolehkan efek bokeh dilaras secara manual sebelum gambar diambil. (Kredit gambar: TechRadar)

Kemas kini iOS 12.1 versi stabil dengan sokongan fungsi baharu ini dipercayai boleh dimuat turun pada penghujung bulan Oktober nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend