Kemas Kini iOS 11.4.1 Mampu Betulkan Isu Carian AirPods Dan Kontak Sync Comments Off on Kemas Kini iOS 11.4.1 Mampu Betulkan Isu Carian AirPods Dan Kontak Sync

Pengguna iPhone dan iPad hari ini boleh mula memuat turun kemas kini terbaru iOS 11.4.1 di peranti masing-masing. Ia merupakan kemas kini minimal yang telah membaiki fungsi carian Find My iPhone untuk AirPods dan proses sync e-mel, kontak, serta nota yang sebelum ini bermasalah.

Tidak selalu notifikasi kemas kini muncul di ruangan Settings sebaik ia baru dilepaskan, tetapi hari ini sebaliknya telah berlaku apabila ia menyuruh pengguna seperti saya untuk memuat turun. Saya merasakan mungkin pihak Apple mahu penggunanya membuat kemas kini dengan segera.

Melalui perisian terbaru dengan penambah baikan yang dilakukan, kini saya tidak perlu bimbang untuk mencari AirPods sekiranya ia  disalah letak atau mungkin hilang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend