Kemas Kini GPU Turbo Kini Tersedia Untuk Huawei Nova 3i Dan Dapatkan Ganjaran Menarik Untuk Pemain ‘ROS’ Comments Off on Kemas Kini GPU Turbo Kini Tersedia Untuk Huawei Nova 3i Dan Dapatkan Ganjaran Menarik Untuk Pemain ‘ROS’

Hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan ketersediaan kemas kini GPU Turbo untuk model terbaharunya iaitu Huawei nova 3i yang baru sahaja dilancarkan di negara ini pada bulan lepas.

Kemas kini GPU Turbo merupakan teknologi pemproses grafik yang dibangunkan eksklusif oleh Huawei bagi memastikan keupayaan terbaik untuk mengoperasikan aplikasi yang memerlukan grafik berprestasi tinggi seperti permainan mudah alih. Dengan adanya sokongan GPU Turbo, pemilik peranti Huawei mampu menikmati pengalaman permainan yang telah dipertingkatkan.

Lebih istimewa, pemilik Huawei nova 3i juga boleh mendapatkan beg hadiah nova bernilai USD50 (kira-kira RM205)  apabila mendaftar masuk dengan permainan Rules of Survivor (ROS) dengan menggunakan peranti tersebut. Promosi ini telah bermula pada penghujung Julai dan ianya terhad untuk satu beg hadiah nova sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend