Kemas Kini GPU Turbo Akan Ditawarkan Pada Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Bermula 8 Ogos 2018 Nanti Comments Off on Kemas Kini GPU Turbo Akan Ditawarkan Pada Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Bermula 8 Ogos 2018 Nanti

Bersempena majlis pelancaran generasi ketiga siri Huawei nova dengan model nova 3 dan nova 3i untuk pasaran tempatan, Huawei Malaysia telah berjanji untuk menawarkan kemas kini GPU Turbo untuk kedua-dua model tersebut bermula 8 Ogos 2018 nanti.

Huawei nova 3 dan nova 3i masing-masing telah dikuasakan dengan sokongan pemproses berprestasi tinggi iaitu Kirin 970 dan juga pemproses 12nm terbaru iaitu dari Huawei iaitu Kirin 710. Selain itu ia turut dilengkapi dengan paparan skrin 19.5:9 berukuran 6.3 inci FHD+ yang berupaya menjanjikan pengalaman permainan terbaik.

Tidak cukup dengan itu kedua-dua model ini juga sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti permainan kerana ia nova 3 didatangkan dengan kombinasi memori 128GB + RAM 6GB, manakala nova 3i pula hadir dengan memori 128GB + RAM 4GB. Jadi dengan adanya sokongan GPU Turbo, ia memastikan prestasi pemprosesan grafik lebih efisien iaitu mencecah sehingga 60% lebih baik berbanding sebelumnya. Malah penggunaan tenaga juga berjaya dikurangkan sehingga 30%.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend