Kemas Kini EMUI 9.1 Akan Mula Diterima Oleh Pemilik Siri Huawei Mate 10 Dan Siri P10 Pada Ogos 2019 Comments Off on Kemas Kini EMUI 9.1 Akan Mula Diterima Oleh Pemilik Siri Huawei Mate 10 Dan Siri P10 Pada Ogos 2019

Pada pertengahan April yang lalu, Huawei telahpun mengumumkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie untuk 34 model telefon pintar keluarannya. Bahkan Huawei Malaysia sendiri telah mengesahkan tarikh ketersediaan kemas kini fasa pertama untuk lapan model, termasuklah siri Mate 20.

Menariknya baru-baru ini Huawei Central telah mendedahkan bahawa kemas kini EMUI 9.1 itu akan diterima oleh pemiliki siri Huawei Mate 10 dan juga siri Huawei P10 bermula Ogos 2019 nanti. Walau bagaimanapun masih tiada tarikh spesifik ketersediaan kemas kini itu didedahkan buat masa ini.

EMUI 9.1 menjanjikan pelbagai fungsi dan penambahbaikan termasuklah sokongan GPU Turbo 3.0, prestasi yang lebih baik dengan kehadiran sistem fail EROFS, galeri dengan Huawei VLOG, Huawei Share OneHop, dan banyak lagi.

Baca juga:

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend