Kemas Kini EMUI 9.1 Akan Dilancarkan Pada 26 April, Siri Huawei Mate 20 Merupakan Yang Terawal Menerimanya Comments Off on Kemas Kini EMUI 9.1 Akan Dilancarkan Pada 26 April, Siri Huawei Mate 20 Merupakan Yang Terawal Menerimanya 452

Pada minggu lepas, pemilik peranti Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate 20 RS Porsche Design di China telahpun menerima jemputan terhad untuk menyertai program kemas kini EMUI 9.1 beta. Melalui sokongan kemas kini tersebut, pelbagai ciri-ciri baharu telah diperkenalkan termasuklah sistem fail EROFS, Ark Compiler, GPU Turbo 3.0 dan banyak lagi.

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro antara peranti terawal yang akan menerima kemas kini EMUI 9.1.

Menariknya pemilik peranti tersebut tidak perlu menunggu lama untuk mencuba versi stabil EMUI 9.1, apabila kemas kini itu akan dilancarkan secara rasmi pada 26 April nanti. Penerimaan kemas kini EMUI 9.1 itu secara tidak langsung menjadikan siri Huawei Mate 20 sebagai peranti terawal, selepas ia diperkenalkan pada siri Huawei P30.

Apa yang pasti, sokongan EMUI 9.1 dilaporkan akan menambahbaik tiga aspek utama iaitu estetik, prestasi dan juga pengalaman pengoperasian yang lebih pintar.

Baca juga:

Huawei P20 Pro dan Nova 3 Antara Tujuh Daripada Model Yang Akan Menerima EMUI 9.1

GPU Turbo 3.0 Pada EMUI 9.1 Akan Menambah 19 Lagi Judul Permainan Termasuk Fortnite dan Minecraft

EMUI 9.1 Beta Dengan Sistem File EROFS dan GPU Turbo 3.0 Kini Tersedia Untuk Siri Huawei Mate 20

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend