Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil Akan Diterima Oleh Siri Mate 10, Siri P20 Dan P30 Lite Bermula Mac 2020 Comments Off on Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil Akan Diterima Oleh Siri Mate 10, Siri P20 Dan P30 Lite Bermula Mac 2020 176

Buat masa ini HUAWEI telahpun mendedahkan tarikh ketersediaan kemas kini EMUI 10 versi beta untuk siri HUAWEI P30 dan juga siri HUAWEI Mate 20. Ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa versi stabil untuk peranti yang dinyatakan itu bakal diterima dalam masa terdekat ini.

Sungguhpun begitu, ramai di antara pemilik peranti keluaran HUAWEI yang lebih awal di pasaran sering tertanya-tanya sama ada peranti mereka akan menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 ataupun tidak. Jika ya, persoalannya seterusnya sudah tentu merujuk kepada tarikh ketersediaan kemas kini versi stabil.

Serentak dengan acara IFA 2019, HUAWEI akhirnya telah mendedahkan hala tuju untuk kemas kini EMUI 10 yang sudahpun disahkan akan diberikan secara rasmi pada lebih 30 peranti keluarannya sehingga suku kedua tahun 2020 nanti.

Garis masa ketersediaan kemas kini EMUI 10 versi stabil untuk peranti HUAWEI/HONOR:

  • 19 September 2019 – Siri Mate 30
  • November 2019 – P30, P30 Pro
  • Disember 2019 – Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 RS, Mate 20X, HONOR 20, HONOR View 20, HONOR 20 Pro
  • Mac 2020 – P30 Lite, P20, P20 Pro, Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design
  • Suku kedua 2020 – Lain-lain model

sumber

  • Miliki peranti terpilih HUAWEI dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun di HUAWEI Online Store
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend