Kemas Kini ColorOS 6.0 Akan Diterima Oleh Semua Peranti Realme Menjelang Jun 2019 Nanti Comments Off on Kemas Kini ColorOS 6.0 Akan Diterima Oleh Semua Peranti Realme Menjelang Jun 2019 Nanti

Pertengahan Februari yang lepas, Realme India telah mengesahkan untuk menawarkan kemas kini ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie pada semua peranti pada pertengahan pertama tahun 2019 ini.

Nampaknya ketersediaan kemas kini untuk Realme 1, Realme 2, Realme 2 Pro, Realme C1 dan juga Realme U1 telahpun disahkan akan diberikan bermula bulan Jun 2019 nanti. Perkara ini telah diumumkan melalui forum rasmi Realme baru-baru ini. Walau bagaimanapun, tarikh spesifik ketersediaan kemas kini ColorOS 6.0 itu masih lagi belum didedahkan, dan ia akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Realme U1

Selain daripada itu, Realme juga turut berjanji untuk menawarkan kemas kini tampalan keselamatan Android bulanan mengikut bulan yang sepatutnya. Kemas kini tampalan keselamatan Android untuk bulan April akan diberikan untuk model Realme 1, Realme U1, dan Realme 3 pada April ini. Manakala kemas kini tampalan keselamatan Android bulan Mei pula akan diberikan untuk model Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme C1 menjelang Mei nanti.

sumber

Baca juga:

Realme Sahkan Kemas Kini Android 9.0 Pie Untuk Semua Modelnya Pada Pertengahan Pertama Tahun 2019

Realme 1, 2 Pro Dan U1 Akan Terima Kemas Kini Android Pie Dengan ‘Nightscape’ Sekitar Pertengahan Pertama 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend