Kemas Kini Baharu Untuk OnePlus 6 Dan OnePlus 6T Hadir Dengan Sokongan Fungsi Rakaman Skrin Comments Off on Kemas Kini Baharu Untuk OnePlus 6 Dan OnePlus 6T Hadir Dengan Sokongan Fungsi Rakaman Skrin

Selain menjanjikan spesifikasi yang berkuasa, salah satu kelebihan yang diterima oleh pemilik telefon pintar OnePlus adalah sokongan kemas kini yang berterusan. Walaupun tampil dengan model baharu, OnePlus dilihat tidak mengabaikan model keluarannya dan ini tidak terkecuali untuk model OnePlus 6 dan juga OnePlus 6T.

Melalui forum rasmi OnePlus, kedua-dua model yang diperkenalkan pada tahun 2016 ini telah disahkan akan menerima kemas kini OxygenOS 9.0.15 untuk model OnePlus 6T, dan kemas kini OxygenOS 9.0.7 untuk model OnePlus 6. Apa yang menariknya, kemas kini baharu ini turut didatangkan sekali dengan fungsi rakaman skrin terbina dalam, sama seperti model OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7.

Kemas kini baharu ini juga turut menyokong tampalan keselamatan Android untuk bulan Jun 2019, memperbaiki fungsi putaran skrin, dan juga hadir dengan sokongan VoLTE/VoWiFi untuk telco Telia Denmark. Ketersediaan kemas kini baharu ini akan diberikan secara OTA (Over-The-Air) dan penerimaan kemas kini ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend