Kemas Kini Baharu Nokia 8110 4G Hadir Dengan Sokongan WhatsApp dan Facebook Untuk Pengguna Global Comments Off on Kemas Kini Baharu Nokia 8110 4G Hadir Dengan Sokongan WhatsApp dan Facebook Untuk Pengguna Global

HMD Global sebelum ini pernah menjanjikan sokongan WhatsApp untuk model Nokia 8110 4G atau lebih dikenali sebagai ‘Nokia Pisang’ sejak awal tahun lagi. Namun begitu, hanya pengguna di India sahaja disahkan telah menerima sokongan WhatsApp sebelum ini.

Akhirnya penantian untuk menggunakan aplikasi WhatsApp pada Nokia 8110 4G sudahpun berakhir melalui penawaran kemas kini baharu yang dilihat turut menawarkan sokongan aplikasi Facebook. Dioperasikan dengan platform KaiOS, Nokia 8110 4G menerima kemas kini versi 15.00.17.03 dengan saiz fail hanya 38MB sahaja.

Sebagai rujukan, Nokia 8110 4G sudahpun dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM285 dalam warna Traditional Black dan Banana Yellow. Ia hadir dengan skrin 2.4 inci QVGA, RAM berkapasiti 512MB, storan dalaman sebesar 4GB, dan juga bateri 1500 mAh.

Baca juga:

Nokia 8110 4G Akan Menyokong Aplikasi Permesejan WhatsApp Pada Masa Akan Datang

Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 4G Akan Dijual Pada Harga RM1,100 Dan RM285 Di Malaysia Bermula 6 Julai 2018

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend