Kemas Kini B131 Untuk Huawei P20 Pro Membawakan Penambahbaikan Pada Kamera, Penggunaan Bateri Yang Lebih Efisien Dan Banyak Lagi Comments Off on Kemas Kini B131 Untuk Huawei P20 Pro Membawakan Penambahbaikan Pada Kamera, Penggunaan Bateri Yang Lebih Efisien Dan Banyak Lagi

Baru-baru ini Huawei Malaysia sudahpun mengumumkan ketersediaan kemas kini dengan nombor binaan (build number) B128 untuk model Huawei P20 Pro yang menjanjikan sokongan mod Pro dengan keupayaan ISO 102400. Nampaknya pemilik model CLT-L29 8.1.0.xxx (C432) di Eropah telah mula menerima satu lagi kemas kini terbaru dengan nombor binaan B131.

Menurut perkongsian di Internet, kemas kini CLT-L29 8.1.0.B131 untuk varian Huawei P20 Pro (C432) telah membawakan penambahbaikan pada kamera dengan peralihan butang zum dari bahagian sisi atas skrin ke bahagian tepi kanan skrin (bersebelahan mod kamera) bagi memudahkan pengguna mengakses fungsi tersebut. Malah rekaan bulat pada butang zum itu telah digantikan dengan rekaan empat segi.

Selain hadir dengan keselamatan sistem Google untuk bulan Jun 2018, kemas kini B131 ini juga turut menjanjikan penggunaan bateri yang lebih efisien untuk masa operasi yang lebih lama, mempertingkatkan prestasi sistem, dan juga kelancaran pengoperasian serta paparan latar belakang yang dioptimumkan.

Butang zum akan dipindahkan bagi memudahkan ianya dicapai.

Apa yang lebih penting, isu penerimaan suara pemanggil yang lambat beberapa saat ketika anda menjawab panggilan menggunakan bantuan Google Assistant turut diatasi dengan kemas kini terbaru ini. Buat masa ini masih belum dapat disahkan bila pemiliki peranti Huawei P20 Pro (C636) di Malaysia akan mula menerima kemas kini terbaru ini, tetapi apa yang pasti ketersediaannya nanti akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend