Kemas Kini Android 9.0 Pie Untuk Model Nokia 8 Terpaksa Ditangguhkan Berikutan Isu Yang Dihadapi Comments Off on Kemas Kini Android 9.0 Pie Untuk Model Nokia 8 Terpaksa Ditangguhkan Berikutan Isu Yang Dihadapi

HMD Global sebelum ini telahpun menjanjikan ketersediaan kemas kini Android 9.0 Pie untuk dua peranti mercunya iaitu Nokia 8. Berdasarkan kenyataan sebelum ini, model itu akan menerima kemas kini itu pada bulan November yang lepas, tetapi pihak HMD Global terpaksa menangguhkannya.

Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Juho Sarvikas dalam laman Twitter miliknya, dan beliau telah meminta maaf berikutan penangguhan itu kerana terdapat beberapa isu pada kemas kini tersebut yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Menurutnya penawaran kemas kini itu akan diberikan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Nokia 8 yang dilancarkan pada September 2017 yang lalu pada asalnya menyokong Android 7.1.1 Nougat, dan kemudiannya telah menerima kemas kini utama Android 8.1 Oreo. Sekiranya ia menerima kemas kini Android 9.0 Pie nanti, ia merupakan kemas kini utama  yang kedua diterima oleh peranti ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend