Kemas Kini Android 9.0 Pie Akan Mula Diterima Oleh Peranti Sony Terpilih Bermula 26 Oktober Comments Off on Kemas Kini Android 9.0 Pie Akan Mula Diterima Oleh Peranti Sony Terpilih Bermula 26 Oktober

Android 9.0 Pie telahpun dilancarkan secara rasmi oleh Google pada awal Ogos yang lalu dan seperti yang kita sedia maklum, pemilik peranti Pixel dan Essential Phone menjadi yang pertama menerima kemas kini tersebut. Jika beberapa hari yang lepas pemilik Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact telah dilaporkan menerima Android 9.0 Pie, baru-baru ini Sony telah mengumumkan untuk turut melepaskan kemas kini baharu ini pada lebih banyak model keluarannya

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Sony, kemas kini Android 9.0 Pie akan turut ditawarkan pada tiga lagi modelnya yang terdahulu iaitu Xperia XZ Premium, Xperia XZ1 dan juga Xperia XZ1 Compact bermula 26 Oktober ini. Manakala Xperia XZ2 Premium pula dilaporkan akan menerima kemas kini yang sama pada 5 November depan.

Lebih menariknya, Sony juga dikhabarkan turut komited untuk memperkenalkan kemas kini Android 9.0 Pie ini pada peranti kelas pertengahannya seperti Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan juga Xperia XA2 Plus. Namun begitu, ketersediaan kemas kini itu dikatakan akan hanya diterima selepas suku pertama tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend