Kelajuan Muat Turun Internet Tidak Menentukan Pengalaman Tontonan Video Yang Lebih Baik – Opensignal Comments Off on Kelajuan Muat Turun Internet Tidak Menentukan Pengalaman Tontonan Video Yang Lebih Baik – Opensignal 181

Opensignal selaku syarikat bebas yang dibangunkan khusus untuk mengukur pengalaman rangkaian mudah alih di seluruh dunia, hari ini telah mendedahkan bahawa kelajuan Internet sebenarnya bukanlah menjadi penentu terhadap pengalaman video yang terbaik.

Menurut Opensignal, pengguna rangkaian mudah alih di Malaysia telah mencatatkan trafik tertinggi untuk aktiviti penstriman video, dan ia diramalkan akan terus mencatatkan kenaikan lebih tinggi pada masa akan datang. Memandangkan penyedia telco dilihat sering memfokuskan kepada kelajuan muat turun, ia walau bagaimanapun tidak boleh dijadikan sebagai penentu terhadap pengalaman tontonan video yang lebih bailk.

Melalui kajian yang dijalankan selama tiga bulan, iaitu antara 1 September 2018 hingga 31 Mei 2019, Opensignal telah berjaya memperolehi jutaan data yang dikumpul daripada pengguna Malaysia yang menggunakan aplikasi Opensignal, termasuklah telco utama seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan juga Unifi.

Berdasarkan kajian tersebut, Opensignal telah membuat kesimpulan seperti berikut:

  • Semua telco di Malaysia dilihat telah memperbaiki skor pengalaman video berdasarkan tempoh kajian dijalankan.
  • Maxis menawarkan pengalaman video terbaik untuk kategori Standard Definition (SD) dan High Definition (HD) dengan rating ‘Sangat Baik’. Ini diikuti oleh Celcom dan Digi yang telah mempertingkatkan skor pengalaman video bagi setiap tempoh masa kajian.
  • Skor pengalaman video untuk penstriman video HD untuk pengguna Celcom, Digi dan Maxis dilihat sedikit rendah berbanding skor pengalaman video SD. Manakala rangkaian Unifi dan U Mobile pula dilihat mencatatkan skor penstriman video HD dengan rating ‘Lemah’. Sungguhpun begitu Unifi telah mempertingkatkan skornya hampir dua kali ganda berbanding sebelum ini.

CEO Opensignal iaitu Brendan Gill telah membuat kesimpulan bahawa kelajuan muat turun sering dijadikan poin utama dalam industri mudah alih sejak rangkaian data diperkenalkan hampir dua dekad yang lalu. Namun kelajuan sebenarnya adalah penentu ukur abstrak, dan ia tidak semestinya menjadi petunjuk kepada pengalaman sebenar kepada pengguna.

Malah berdasarkan kajian yang telah dijalankan di negara ini, Maxis telah mencatatkan kelajuan muat turun purata yang terbaik antara semua telco tempatan, dan ia juga memiliki skor tertinggi untuk pengalaman video. Tetapi jika dilihat pada skor pengalaman video berasaskan kepada kelajuan purata muat turun, Celcom dan Digi sebenarnya mencatatkan skor yang lebih baik.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend