Kelajuan Muat Turun Internet Maxis Kekal Terpantas Diikuti Rapat Celcom Comments Off on Kelajuan Muat Turun Internet Maxis Kekal Terpantas Diikuti Rapat Celcom 832

OpenSignal baru-baru ini mengeluarkan laporan berkenaan kelajuan muat turun internet yang ditawarkan penyedia telco di Malaysia. Nampaknya Maxis masih lagi menduduki tangga teratas dalam memberikan kelajuan muat turun yang terpantas di negara ini.

Sebanyak enam telco utama di Malaysia dan Celcom adalah pengikut rapat Maxis pada kelajuan tertinggi hampir 62Mbps. Dalam carta bar yang dikeluarkan, unifi nampaknya berada di belakang sekali dengan kelajuan muat turun terendah 22.6Mbps berbanding lima rakan telco yang lain. Sementara Digi dan U Mobile pula mencatatkan kelajuan yang hampir sama sekitar dibawah 55Mbps.

Berdasarkan pengalaman kami, kelajuan muat turun internet yang ditawarkan Maxis sangat stabil dan pantas ketika berada di dalam bangunan berbanding rangkaian telco yang lain. Jadi, kepada yang beranggapan Maxis mengenakan harga ‘cekik darah’ kepada pelanggannya, satu peribahasa yang sesuai digunakan ialah ‘Alah membeli, menang memakai’.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend