Kelajuan Mengecas Samsung Galaxy M20 Lebih Pantas Dengan Kemas Kini Terbaru Comments Off on Kelajuan Mengecas Samsung Galaxy M20 Lebih Pantas Dengan Kemas Kini Terbaru

Samsung Galaxy M20 merupakan peranti kelas pertengahan yang dijual pada harga mampu milik. Bulan lalu peranti ini mula ditawarkan kepada pengguna Malaysia menerusi gedung e-dagang Shopee secara eksklusif pada harga RM799.

Kelengkapan peranti membawakan skrin Infinity-V bersaiz 6.3-inci, cip pemproses Exynos 7904, memori 4GB RAM dan, 64GB storan merupakan tawaran terbaik setakat ini daripada Samsung kepada pengguna yang berbajet rendah.

Galaxy M20 memiliki saiz bateri yang besar iaitu 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 15W. Melalui kemas kini terbaru yang dilepaskan Samsung baru-baru ini, ia dipercayai mampu meningkatkan kecekapan sistem mengecas yang mana dapat memberikan tempoh mengecas yang lebih singkat berbanding biasa.

Selain daripada itu, kemas kini turut menambahbaik kestabilan perisian, menampal pepijat, pada masa sama meningkatkan prestasi peranti. Tampalan keselamatan bulan Mac juga dimasukkan dalam fail kemas kini bersaiz kecil ini namun begitu ia masih mengekalkan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Bagi yang memiliki Galaxy M20, anda boleh menyemak kemas kini ini di ruangan tetapan. Jika tiada, ia mungkin mengambil masa memandangkan perisian ini dilepaskan secara berperingkat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend