Kehadiran Honor Play Dengan GPU Turbo Di Malaysia Semakin Hampir Comments Off on Kehadiran Honor Play Dengan GPU Turbo Di Malaysia Semakin Hampir 638

Sebelum ini kami ada kongsikan dimana Honor Malaysia menerusi Facebook mereka akan membawa masuk peranti terbaharu ke Malaysia. Hari ini melalui satu e-mel yang kami terima, mereka telah menjemput kami untuk menghadiri satu bengkel taklimat eksklusif.

Imej acah yang dihantar juga berbunyi seperti Honor Play yang akan dibawa masuk. Ini kerana terdapat perkataan ‘GPU Turbo’ dan perkataan ‘PLAY’ diselitkan sekali. Kali ni tagline yang digunakan ialah “Teknologi yang dasyat”.

Kami menjangka taklimat ini berkenaan Honor Play dan belum boleh dipastikan tarikh khusus pelancarannya. Tapi mungkin pada penghujung bulan ini. Ia sebuah phablet dengan skrin bersaiz 6.3-inci khusus untuk permainan mudah alih selain menyokong GPU Turbo untuk permainan lebih lancar dan pantas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend