Kedai Rasmi TMT Oleh Thundermatch Kini Dilancarkan Di Shopee Dan Pembeli Berpeluang Menyertai Pertandingan ‘Beli & Menang’ Comments Off on Kedai Rasmi TMT Oleh Thundermatch Kini Dilancarkan Di Shopee Dan Pembeli Berpeluang Menyertai Pertandingan ‘Beli & Menang’

Hari ini Thundermatch yang sememangnya terkenal sebagai kedai IT dalam talian terbesar di Malaysia telah melancarkan kedai rasmi TMT di Shopee. Bersempena dengan majlis pelancaran ini, TMT turut menganjurkan pertandingan ‘Beli & Menang’ yang akan berlangsung dari 20 Ogos hingga 19 September 2018.

Sepanjang tempoh tersebut, 9 pembeli dengan nilai belian tertinggi di kedai rasmi TMT di Shopee akan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM100,000. Sepanjang tempoh pertandingan berlangsung, papan tanda dalam talian akan dikemaskinikan dua kali seminggu untuk menyenaraikan 9 pembeli dengan nilai belian tertinggi.

Malah melalui penjenamaan semula Thundermatch yang kini dikenali sebagai TMT (Thunder Match Technology), pengguna Shopee yang membuat pembelian produk IT melalui kedai rasmi TMT akan turut menerima ganjaran segera berupa baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum bernilai RM1,500 dan baucar RM100 dengan pembelian minimum bernilai RM2,500.

Kolaborasi antara TMT dan Shopee juga turut menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) ke atas 2,400 produk dari kedai rasmi TMT di Shopee, berbanding harga jualan di laman e-dagang yang lain.

Miliki pelbagai produk IT dengan tawaran harga terendah di Shopee

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend