Kedai Rasmi Elizabeth Arden di Shopee Tawar Diskaun Hingga 56% Untuk Rangkaian Produk Eight Hour Comments Off on Kedai Rasmi Elizabeth Arden di Shopee Tawar Diskaun Hingga 56% Untuk Rangkaian Produk Eight Hour

Sempena ulang tahun Elizabeth Arden, pengguna Shopee boleh menikmati diskaun sehingga hingga 56% untuk rangkaian produk ‘Eight Hour’, diskaun 25% untuk produk berharga biasa dan juga baucar RM20 apabila mereka membeli produk bernilai RM150 dari kedai rasmi Elizabeth Arden di Shopee.

Selain daripada tawaran yang bermula hari ini hingga 31 Januari 2020, kedai rasmi Elizabeth Arden akan turut menghoskan Shopee Live Game Show “Are You Chinese Enough” yang akan berlangsung pada hari Jumaat (17 Januari 2020, jam 5 petang).

Tujuh orang penonton yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi produk Elizabeth Arden bernilai lebih daripada RM250 jika mereka dapat memberi jawapan yang betul mengenai jenama kosmetik dari New York itu.

Elizabeth Arden baru-baru ini telah memperkenalkan produk terbaharunya iaitu rangkaian produk Eight Hour, Great 8 Daily Defense Moisturizer yang menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu untuk kulit sihat dan berseri.

Ia memiliki lapan faedah dan melindungi kulit anda daripada kesan negatif pencemaran, sinar biru, UV dan inframerah. Produk-produk lain termasuk formula penjagaan kulit popular Skin Protectant dengan lapan cara penggunaan yang berbeza, Lip Protectant Stick yang boleh didapati dalam empat warna dan All-Over Miracle Oil yang memberikan faedah pelembutan kepada tubuh, muka dan rambut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend