Kedai Konsep Vivo Akan Dibuka Di Queensbay Mall Dan Aman Central – Diskaun Sehingga 50% Comments Off on Kedai Konsep Vivo Akan Dibuka Di Queensbay Mall Dan Aman Central – Diskaun Sehingga 50% 1029

Bersempena ketibaan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Vivo Malaysia akan meraikannya dengan pembukaan dua kedai konsep Vivo di dua lokasi berbeza di utara tanahair.

Majlis perasmian pembukaan kedai konsep Vivo itu akan dibuat secara berasingan iaitu jam 12 tengahari pada 5 Jun 2019 di Queensbay Mall (Pulau Pinang), manakala pada Aman Central, Alor Setar (Kedah) pula akan diadakan pada 6 Jun 2019.

Pelanggan yang berkunjung pada hari tersebut akan menikmati diskaun mencecah sehingga 50% untuk pembelian telefon pintar ataupun aksesori Vivo. Bahkan hadiah percuma akan turut diberikan kepada 300 pelanggan pertama yang beratur di kedua-dua kedai konsep tersebut pada hari perasmiannya.

Setiap pembelian telefon pintar Vivo di kedua-dua kedai konsep Vivo baharu pada hari yang dinyataan itu juga akan turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, melalui aktiviti cabutan bertuah yang akan diadakan pada jam 6.30 petang.

Baca juga:

Vivo Dan Shopee Buat Potongan Harga Sehingga 55% Untuk Telefon Pintar Bersempena Raya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend